'Adad 3 s/d 10 Tiga
Sepuluh : berlawanan dengan ma'adud yang (جـِ ) iaitu jamak majrur
Diringkas sebagai
(Ji - Wan - Ga luh) iaitu :
JI = jamak majrur
(untuk ma’adud)
WAN = berlawanan antara 'adad dengan ma'adud
GA LUH = tiga hingga sepuluh
'Adad 11 s/d 99
Sebelas hingga Sembilan sembilan, ma'adud mestilah ( مَ
) iaitu mufrad mansub
Diringkas sebagai (Ma
- Las - Lala)
MA = mufrad mansub
(untuk ma’adud)
LAS = 11 dan LALA = 99
'Adad 100 dan 1000 Seratus dan Seribu, ma'adud mestilah ( مِ ) iaitu mufrad majrur
MI = mufrad majrur
TUS BU = 100 &
1000
Penjelasan :
Al-'Adad ialah bilangan.
Al-Ma'adud ialah benda yang dibilang.
Pertama:
Al-'Adad (1 dan 2)
Kedua-dua ‘adad ini mesti sama dengan ma’adud dari segi
muzakkar/lelaki dan muannas/perempuan, diletakkan selepas ma’adud sebagai sifat
yang mengikut ma’adudnya dari segi i’erab, berbeza dengan ‘Adad yang lain.
Contoh:
i) 1 orang (lk) telah datang (جاء رجلٌ واحدٌ )
ii) 1 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأةٌ واحدةٌ )
iii) 2 orang (lk) telah datang ( جاء رجلان اثنان )
iv) 2 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأتان اثنتان)
Kedua:
Al-'Adad Al-Mudhaf (3,4,5,6,7,8,9 dan 10)
1. ‘Adad ini hanya mudhaf kepada Ma’dud yang jamak sahaja
2. 'Adad ini mesti berlawanan dgn ma'dud dari segi muzakkar dan muannas.
Membuat ma’dud menjadi muannas ialah dengan menambah Ta
Marbutah ( ـة ) di
belakang ‘Adad.
3. 'Adad ini dinamakan Mudhaf, dan Ma'dud adalah Mudhaf ilaih yg mesti majrur
Kesimpulan mudah:
‘Adad Mudhaf adalah : Ga – Luh Wan JI
1- Ga – Luh = Tiga s/d Sepuluh
2- Wan = Berlawanan dengan Ma’dud
3- Ji = Ma’dud mestilah جـِ (Jim baris bawah) iaitu
جـِ … J : kod untuk jamak,
Baris bawah : kod
untuk majrur
Contoh : 3 anak (lk) = Salasatu Awladin (ثلاثة أولادٍ )
3 anak (pr) = Salasu Banatin ( ثلاث بناتٍ )
Ketiga :
Al-‘Adad Al-Mudhaf (100 dan 1000)
1. ’Adad ini hanya mudhaf kepada mufrad.
2. Ma’dud mesti مِ (Huruf Mim baris bawah)
Al-‘Adad Al-Mudhaf (100 dan 1000)
1. ’Adad ini hanya mudhaf kepada mufrad.
2. Ma’dud mesti مِ (Huruf Mim baris bawah)
M = Mufrad,
Baris bawah =
majrur, (kerana dii’irab sebagai Mudhaf ilaih).
3. Lafaz ‘Adad ini hanya satu, iaitu untuk muzakkar dan
muannas dengan lafaz yang sama.
Kesimpulan mudah:
‘Adad 100 – 1000 ialah : (MI – Tus Bu)
Iaitu Ma'dud mesti ( مـِ ) iaitu mufrad majrur, jika 'Adad seratus
(Tus) dan seribu (Bu)
Contoh :
100 anak (lk) = Miatu Waladin ( مائة ولدٍ )
1000 anak (pr).= Alfu Bintin ( ألف بنت )
Keempat:
Al’Adad Al-Murakkab (11 – 19)
A. Khas untuk ‘adad (11 dan 12)
Satu + Belas dan Dua + Belas .
Satu dan Dua disebut Al-Sadr ( الصدر )
Satu dan Dua disebut Al-Sadr ( الصدر )
Belas disebut Al-‘Ajaz (العجز ).
1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :
a. Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juz’ain iaitu kekal berbaris fathah pada
kedua-dua akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :
a. Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juz’ain iaitu kekal berbaris fathah pada
kedua-dua akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
Ahada ‘Asyara ( أحدَ عشرَ ) iaitu 11 untuk lelaki, dan
Ihda Asyarata (إحدَى عشرةَ ) iaitu 11 untuk perempuan,
Mabni ialah kekal dengan baris fathah pada
bacaan akhir (tidak boleh Ahadu ‘Asyaru atau Ahadi ‘Asyari)
b.Dari segi
(Tazkir dan Taknis), ‘Adad mesti sama dengan Ma’dud, iaitu jika ma’adud
muzakkar, maka
a’dad mesti muzakkar, jika ma’adud muannas, maka ‘adad mesti
muannas .
2. Hukum Al-Ma’dud mestilah MA (
مَ )
Iaitu Huruf Mim
berbaris atas.
M = huruf Mim, kod bagi Mufrad, dan
A = baris atas, kod bagi Mansub.
Contoh :
Contoh :
Ahada ‘Asyara يقرأ أحدَ عشرَ طالبا (11 pelajar (lk) sedang membaca)
Ihda ‘Asyarata جاءت إحدى عشرة طالبة (11 pelajar (pr) telah datang)
begitu juga bilangan 12يقرأ اثنا عشرَ طالبا dan
جاءت اثنتا عشرة
طالبة
Ahada ‘Asyara Thaliban dan Ihda ‘Asyarata Thalibatan.
Ahada ‘Asyara Thaliban dan Ihda ‘Asyarata Thalibatan.
B. Tiga + Belas hingga Sembilan + Belas(13 s/d 19):
1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :
a. Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juzain iaitu berbaris fathah pada kedua-dua
akhir
Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
Salasata ‘Asyara ( ثلاثة عشر رجلا ) dan Salasa Asyarata ( ثلاث عشرة امرأة ) (tidak boleh Salasatu ‘Asyaru atau Salasu ‘Asyaratu)
b. Dari segi
Tazkir dan Taknis:
b.(i) Al-‘Sadr (3 s/d 9) mesti berlawanan dengan Al-Ma’dud,
sama seperti Al-‘Adad
Al- Mudhaf di
atas.
b.(ii) Al-‘Ajaz “ عشر dan عشرة” (belas) mesti bersamaan dengan Al-Ma’dud.
2. Hukum Al-Ma’dud:
Al-Ma’dud mesti MA ( مَ ) iaitu Mim berbaris atas, (Mufrad Mansub)
b.(ii) Al-‘Ajaz “ عشر dan عشرة” (belas) mesti bersamaan dengan Al-Ma’dud.
2. Hukum Al-Ma’dud:
Al-Ma’dud mesti MA ( مَ ) iaitu Mim berbaris atas, (Mufrad Mansub)
M = huruf Mim kod
bagi Mufrad, dan A = baris atas kod bagi Mansub
Contoh :
i) أربعةَ
عشرَ طالبا و سبعَ عشرةَ طالبة
ii) خمسة عشر
كتابا وسبعَ عشرةَ مجلةً
Kelima :
Al-‘Adad Al-‘Uqud (20, 30, 40, 50, 60,70, 80 dan 90)
‘Adad ini adalah tetap, iaitu tidak berubah dengan perubahan
ma’adud muzakkar atau muannas, hukumnya sama seperti hukum jama’ muzakkar salim,
marfu’ dengan waw (و ) dan mansub atau majrur dengan ya’ ( ي
).
Ma’adud ‘Adad ini ialah (MA) sama seperti ‘Adad Murakkab di
atas.
Contoh :
هؤلاء
خمسون طالبا وخمسون طالبةً
استقبلت
خمسين ضيفا وخمسين ضيفةً
Keenam :
Al-‘Adad Al-Ma’athuf (21 s/d 99)
“Adad ini dikatakan ‘adad ma’athuf kerana menggunakan huruf
‘Ataf (و
) yang berarti (dan) di antara bilangan (sa) dan bilangan (puluh)
Cara menyebut ‘adad ini ialah dengan mendahulukan yang kecil
kemudian yang besar, seperti : 21 ( واحد وعشرون ) , 22 ( اثنان وعشرون ), 23 (ثلاثة وثلاثون طالبا ) dan
(ثلاثً
وثلاثون طالبةً )
Khas untuk 21 dan 22 :
‘Adad dan Ma’adud mestilah sama dari segi muzakkar dan
muannas
Contoh :
i) وصل واحد
وثلاثون طالبا
ii) وصلت
واحدة وثلاثون طالبةً
iii) قرأت اثنين وثلاثين كتابا
iv) قرأت
اثنتين وثلاثين مجلةً
Adapun ‘adad 23 s/d 99 , maka bilangan (sa) mestilah
berlawanan dengan ma’adud dari segi muzakkar dan muannas, seperti ‘Adad
Murakkab .
Contoh :
i) وصل
ثلاثةٌ وثلاثون طالبا
ii) وصلت
ثلاثٌ وثلاثون طالبةً