Friday, February 22, 2013

Formula Pelik Al-'Adad Wal Ma'adud



'Adad 3 s/d 10 Tiga Sepuluh : berlawanan dengan ma'adud yang (جـِ  ) iaitu jamak majrur
Diringkas sebagai (Ji - Wan - Ga luh) iaitu :
JI = jamak majrur (untuk ma’adud)
WAN = berlawanan antara 'adad dengan ma'adud
GA LUH = tiga hingga sepuluh
'Adad 11 s/d 99 Sebelas hingga Sembilan sembilan, ma'adud mestilah ( مَ ) iaitu mufrad mansub
Diringkas sebagai (Ma - Las - Lala)
MA = mufrad mansub (untuk ma’adud)
LAS = 11 dan LALA = 99

'Adad 100 dan 1000 Seratus dan Seribu, ma'adud mestilah (
مِ  ) iaitu mufrad majrur
Diringkas sebagai (Mi Tus Bu)
MI = mufrad majrur
TUS BU = 100 & 1000

Penjelasan :
Al-'Adad ialah bilangan.
Al-Ma'adud ialah benda yang dibilang.

Pertama:

Al-'Adad (1 dan 2)
Kedua-dua ‘adad ini mesti sama dengan ma’adud dari segi muzakkar/lelaki dan muannas/perempuan, diletakkan selepas ma’adud sebagai sifat yang mengikut ma’adudnya dari segi i’erab, berbeza dengan ‘Adad yang lain.
Contoh:
i) 1 orang (lk) telah datang (جاء رجلٌ واحدٌ  )
ii) 1 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأةٌ واحدةٌ  )
iii) 2 orang (lk) telah datang ( جاء رجلان اثنان  )
iv) 2 orang (pr) telah datang ( جاءت امرأتان اثنتان)

Kedua:

Al-'Adad Al-Mudhaf (3,4,5,6,7,8,9 dan 10)

1. ‘Adad ini hanya mudhaf kepada Ma’dud yang jamak sahaja
2. 'Adad ini mesti berlawanan dgn ma'dud dari segi muzakkar dan muannas.
Membuat ma’dud menjadi muannas ialah dengan menambah Ta Marbutah ( ـة ) di
belakang ‘Adad.

3. 'Adad ini dinamakan Mudhaf, dan Ma'dud adalah Mudhaf ilaih yg mesti majrur

Kesimpulan mudah:
‘Adad Mudhaf adalah : Ga – Luh Wan JI
1- Ga – Luh = Tiga s/d Sepuluh
2- Wan = Berlawanan dengan Ma’dud
3- Ji = Ma’dud mestilah  جـِ  (Jim baris bawah) iaitu
    جـِ J : kod untuk jamak,
    Baris bawah : kod untuk majrur
Contoh : 3 anak (lk) = Salasatu Awladin (ثلاثة أولادٍ  )
3 anak (pr) = Salasu Banatin ( ثلاث بناتٍ )

Ketiga : 

Al-‘Adad Al-Mudhaf (100 dan 1000)

1. ’Adad ini hanya mudhaf kepada mufrad.
2. Ma’dud mesti  مِ  (Huruf Mim baris bawah)
    M = Mufrad,
    Baris bawah = majrur, (kerana dii’irab sebagai Mudhaf ilaih).
3. Lafaz ‘Adad ini hanya satu, iaitu untuk muzakkar dan muannas dengan lafaz yang sama.


Kesimpulan mudah:
‘Adad 100 – 1000 ialah : (MI – Tus Bu)
Iaitu Ma'dud mesti ( مـِ  ) iaitu mufrad majrur, jika 'Adad seratus (Tus) dan seribu (Bu)

Contoh :
100 anak (lk) = Miatu Waladin ( مائة ولدٍ  )
1000 anak (pr).= Alfu Bintin  ( ألف بنت  )


Keempat:

Al’Adad Al-Murakkab  (11 – 19)

A. Khas untuk ‘adad (11 dan 12)
Satu + Belas dan Dua + Belas .
Satu dan Dua disebut Al-Sadr ( الصدر )
Belas disebut Al-‘Ajaz (العجز ).

1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :

a. Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juz’ain iaitu kekal berbaris fathah pada
    kedua-dua akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
   Ahada ‘Asyara ( أحدَ عشرَ  ) iaitu 11 untuk lelaki, dan
   Ihda Asyarata (إحدَى عشرةَ  ) iaitu 11 untuk perempuan,
   Mabni ialah kekal dengan baris fathah pada bacaan akhir (tidak boleh Ahadu ‘Asyaru atau  Ahadi ‘Asyari)

b.Dari segi (Tazkir dan Taknis), ‘Adad mesti sama dengan Ma’dud, iaitu jika ma’adud
   muzakkar, maka a’dad mesti muzakkar, jika ma’adud muannas, maka ‘adad mesti
   muannas .


2. Hukum Al-Ma’dud mestilah  MA مَ  )
    Iaitu Huruf Mim berbaris atas.
   M = huruf Mim,  kod bagi Mufrad, dan
   A  = baris atas,  kod bagi Mansub.

Contoh :
Ahada ‘Asyara يقرأ أحدَ عشرَ طالبا  (11 pelajar (lk) sedang membaca)
Ihda ‘Asyarata جاءت إحدى عشرة طالبة (11 pelajar (pr) telah datang)
begitu juga bilangan 12يقرأ اثنا عشرَ طالبا   dan جاءت اثنتا عشرة طالبة

Ahada ‘Asyara Thaliban dan Ihda ‘Asyarata Thalibatan.


B. Tiga + Belas hingga Sembilan + Belas(13 s/d 19):

1. Hukum Al-Sadr dan Al-‘Ajaz :

a. Dii’erab sebagai Mabni ‘Ala Fathi Al-Juzain iaitu berbaris fathah pada kedua-dua
   akhir Al-Sadr dan Al-‘Ajaz, seperti :
   Salasata ‘Asyara ( ثلاثة عشر رجلا ) dan Salasa Asyarata ( ثلاث عشرة امرأة ) (tidak boleh   Salasatu ‘Asyaru atau Salasu ‘Asyaratu)
b. Dari segi Tazkir dan Taknis:
b.(i) Al-‘Sadr (3 s/d 9) mesti berlawanan dengan Al-Ma’dud, sama seperti Al-‘Adad
        Al- Mudhaf di atas.

b.(ii) Al-‘Ajaz “ عشر dan عشرة” (belas) mesti bersamaan dengan Al-Ma’dud.

2. Hukum Al-Ma’dud:

    Al-Ma’dud mesti MA (  مَ  ) iaitu Mim berbaris atas, (Mufrad Mansub)
    M = huruf Mim kod bagi Mufrad, dan A = baris atas kod bagi Mansub


Contoh :
i) أربعةَ عشرَ طالبا و سبعَ عشرةَ طالبة
ii) خمسة عشر كتابا وسبعَ عشرةَ مجلةً

Kelima :

Al-‘Adad Al-‘Uqud (20, 30, 40, 50, 60,70, 80 dan 90)

‘Adad ini adalah tetap, iaitu tidak berubah dengan perubahan ma’adud muzakkar atau muannas, hukumnya sama seperti hukum jama’ muzakkar salim, marfu’ dengan waw (و ) dan mansub atau majrur dengan ya’ ( ي ).

Ma’adud ‘Adad ini ialah (MA) sama seperti ‘Adad Murakkab di atas.
Contoh :
هؤلاء خمسون طالبا وخمسون طالبةً
استقبلت خمسين ضيفا وخمسين ضيفةً

Keenam :

Al-‘Adad Al-Ma’athuf (21 s/d 99)

“Adad ini dikatakan ‘adad ma’athuf kerana menggunakan huruf ‘Ataf (و ) yang berarti (dan) di antara bilangan (sa) dan bilangan (puluh)
Cara menyebut ‘adad ini ialah dengan mendahulukan yang kecil kemudian yang besar, seperti : 21 ( واحد وعشرون  ) , 22 (  اثنان وعشرون  ), 23 (ثلاثة وثلاثون طالبا  ) dan
(ثلاثً وثلاثون طالبةً   )

Khas untuk 21 dan 22 :

‘Adad dan Ma’adud mestilah sama dari segi muzakkar dan muannas
Contoh :
i) وصل واحد وثلاثون طالبا
ii) وصلت واحدة وثلاثون طالبةً
iii) قرأت اثنين وثلاثين كتابا
iv) قرأت اثنتين وثلاثين مجلةً

Adapun ‘adad 23 s/d 99 , maka bilangan (sa) mestilah berlawanan dengan ma’adud dari segi muzakkar dan muannas, seperti ‘Adad Murakkab .
Contoh :
i) وصل ثلاثةٌ وثلاثون طالبا
ii) وصلت ثلاثٌ وثلاثون طالبةً



Wednesday, February 13, 2013

Asal-Usul Ilmu Nahu


      Setelah Islam tersebar ke merata dunia dan meluasnya kekuasaan kerajaan Islam, ramai pemeluknya dari kalangan orang yang bukan arab, sehingga penggunaan bahasa arabpun semakin meluas di kalangan masyarakat, yang merupakan punca kesalahan dalam bahasa. Hal demikian memaksa para ulamak zaman itu mencipta kaedah-kaedah bahasa untuk membendung kesalahan yang sangat menonjol, lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang berkaitan dengan Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam yang lain. Telah dicatatkan bahawa di antara pakar-pakar Nahu pada masa itu adalah Abdullah bin Ishaq (wafat 730 M), Abu Al-Aswad Al-Du’ali (wafat 688 M), Al-Farahidi (wafat 791 M) dan Sibawaihi (wafat796 M) Tidak ada kata yang pasti tentang sebab musabab yang membawa kepada pemikiran untuk mencipta ilmu Nahu ini. Namun demikian ada kisah yang masyhur didengar bahawa Abu Al-Aswad Al-Du’ali lalu di hadapan seorang lelaki yang sedang membaca Al-quran, surah At-Taubah : 3 ((إن الله بريء من المشركين ورسوله)) dengan membarisbawah huruf “ra” pada kalimat (رسوله) iaitu Rasulihi, sebagai Ma'athuf /digabung kepada kalimat (المشركين) yang sepatutnya dibaca dengan dhammah (Rasuluhu) sebagai mubtada’ / subjek daripada ayat yang tidak disebutkan iaitu (ورسوله كذلك بريءٌ) yang bermakna “Sesungguhnya Allah berlepas diri (tidak bertanggung jawab) terhadap orang musyrikin, dan Rasul-Nya )juga tidak bertanggung jawab(, tetapi jika dibaca (wa Rasulihi) maka maknanya ialah “Sesungguhnya Allah berlepas diri (tidak bertanggung jawab) terhadap orang musyrikin dan Rasul-Nya” . Abu Al-Aswad Al-Du’ali terus bergegas menghadap Sayyidina ‘Ali r.a seraya mangatakan bahawa bahasa Arab dalam keadaan bahaya, Sayyidina ‘Ali pun mengambil sekeping kertas dan menulis di atasnya “Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, ayat lengkap itu terdiri dari isim, fi’il dan huruf. Isim ialah yang bermaksud kata nama, fi’il bermaksud pergerakan yang punya nama, sedangkan huruf ialah tidak memberi makna isim dan tidak pula makna fi’il", kemudian Sayyidina 'Ali berkata kepada Abu Al-Aswad Al-Du’ali: "(انح هذا النحو ) yakni: “Tuju/buatlah seperti ini” maka bermulalah di sini Ilmu Nahu.